Gel Mandian Ekstrak Daun Bidara

GEL MANDIAN BIDARA (  200mL )

Gel Mandian ini dirumus khas dengan ekstrak daun bidara. Kaedah ini adalah merupakan suatu khazanah rawatan Islam yang dianjurkan sendiri oleh baginda Rasullullah SAW sebagai ikhtiar rawatan gangguaan jin dan sihir

Ia juga diperkayakan dengan bahan yang mampu menaikkan semangat dan tenaga positif kepada pengguna. Sesuai digunakan untuk mandian. Gunakan dengan yakin dan suci.

  • Baca Bismillah dan Selawat serta niat dalam hati sebelum guna.

CARA MENGGUNAKAN GEL MANDIAN BIDARA

Niat dan doa supaya terhindar dari gangguan sihir / santau atau saka, jin dan syaitan.

Mandi dan ratakan Gel Mandian Bidara keseluruh tubuh badan.

Digalakkan guna 2 kali sehari menggunakan air dingin pada setiap pagi dan petang supaya dapat melindungi diri sepanjang hari.

TERTULIS DALAM AL-QURAN

Pohon Bidara Tumbuh Dalam Syurga
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.

Berada di antara pohon bidara yang tak berduri. Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya).
Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang tercurah. Dan buah-buahan yang banyak”

TERTULIS DALAM HADITH

Daun Bidara Boleh Di Ruqyah. Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati sihir. “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibaca ayat Qursi dan mandi pada orang yang terkena sihir. InsyaAllah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca 3 Qul juga ditambah ayat Qursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

PENGEDAR SAH BIDARA LAB

Koleksi Produk Bidara Lab boleh diperolehi daripada agen kami. Anda boleh menggunakan peta interaktif di bawah untuk mencari agen yang berdekatan dengan rumah anda.

Klik pada Negeri pilihan anda untuk membuka halaman yang memaparkan maklumat telefon dan alamat agen kami.