Menurut perawat tradisional, tidak menyatakan perbezaan yang jelas di antara santau dan racun.
Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.
Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.
Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.
Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.

Jenis-Jenis Santau

Santau terbahagi kepada 2 jenis:
  1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti diletak ke dalam makanan dan minuman. Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan. Ini agak mudah diubati.
  2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau

  1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.
  2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.
  3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.
  4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.
  5. Lenguh seluruh anggota badan.
  6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.
  11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.
  12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau

  1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
  2. Hilang daya ingatan.
  3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.
  4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.
  5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  6. Gugur bulu-bulu pada badan.
  7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.
  8. Kanser dan ketumbuhan.
  9. Keguguran bayi.
JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGARA BERJUMPA DENGAN PENGAMALPERUBATAN ISLAM.
Credit : Team Expose Mistik
.
.
.
.
Ingin Ikhtiar Hindari Sihir & Gangguan Jin?
Klik Sini –>> Bit.ly/gelmandianbidara
.
.
Ingin Menjadi Ejen Produk Bidara Lab? Cuma RM290 Sahaja.
Klik Sini –>> Bit.ly/PeluangBisnesBidaraLab